Wednesday, 21 August 2013

Cukup Untuk Aku Hanya Dirimu 3


Dari Bukit Bintang, kami bergerak sampai ke Jalan Kia Peng. Sah budak budak ni nak melepas tekanan di kelab. Seperti biasa aku hanya membontoti apatah lagi tiada siapa yang pernah menegur kemana dan apa yang ku buat selama ini.


The Butter Factory antara salah satu club menjadi favourite port kami. Mabuk? Never. Music and Dance? Forever. Nabil dan Fathan masing masing hanya coke di tangan.Ah-Lee, Farjid, Air-Jee masing masing dah selamat nak cari awek entah kat ceruk mana.
Aku pulak di tangan masih kosong tanpa apa apa minuman. Kepala masih nak melepak je. Belum lagi nak minum atau menyelit di tengah lantai menari. 


“Zuha, kenapa muka kelam semacam je ni?” Soal Fathan sambil menyisip minuman sedikit.


Aku hanya menggeleng.


“Lama tak datang sini weh. Ni nak menikmati alam la ni,”


“Alam apa kebende nya? Haha, by the way, aku dan Nabil nak join kat tengah. Apa apa kau roger okay?” Aku hanya mengangguk.


Aku semakin tenggelam dalam fikiran walaupun di tempat sesak sebegini. Tak tahu apa yang difikir. Hanya menerawang tak tentu hala.


Dahaga pulak. Aku beralih ke bartender dan duduk di bar chair yang disediakan.


Coke, please,” Bartender itu mengangguk.

Lama aku duduk sambil memandang sekeliling. Tanpa kusedari, kerusi di sebelahku sudah terisi.

Single ladies don’t sit like boring couples and don’t talk to their boyfriends on the phone,” Aku menoleh ke tepi. Satu suara mucul dari tepi diikuti tuan punya badan. Mataku kembali menghala ke arah DJ. Malas nak melayan lelaki yang I-can-get-girls-that-I-like-in-a-second punya type.


“What is your point?” soalku.


“You are a single lady,” Fakta yang penuh yakin diberikan padaku.
Senyuman pembunuh yang dihadiahkan padaku tak mampu membunuh. Aku akan tunjuk siapa pembunuh senyap sebenar. Tunggu.


“Proof?” Tanpa memandang aku menyoal. Terdengar nafas ditarik dalam sebelum menyambung kata.


“I have told you,” Owh.. part yang single ladies blah blah blah tu.


“That’s rubbish. Mana you belajar benda pelik tu?” Jejaka disebelahku ketawa. Ketawa macho.Heh.


“That’s the fact.  And couples never drink too much.” Hamboi~ yakinnya mamat berlagak ni.


“This is my first coke, so terang terangan theory you memang theory sampah,” Pelik aku. Apasal dia macam tak hairan pun dari tadi aku attack dia. Siap gelak bagai.


“Tak lama lagi, coke you akan jadi coke kedua, ketiga, and more and more and more. Trust me,” Air di tangan di teguk perlahan. Dapat ku lihat halkumnya bergerak gerak menelan.


He’s hot. Extremely hot. Unfortunately, he’s not in my list.


“Kenapa you datang sini?” soalku. Nampak macam soalan bodoh. Tapi bersebab aku bertanya.


“Kenapa you datang sini?” soalnya kembali. Perkataan ‘you’ ditekankan sedikit. Dia pandang aku kembali. Heh~ dah la tak kenal. Main terjah je nak bercakap dengan aku.


“Teman kawan I release stress today.”


“And where are they?”


“Dekat tengah tu.” Muncung ku hala kearah dance floor. Nabil nyata tenggelam dalam sesak. Fathan pun sama. Yang lagi dua orang entah ke mana cari mangsa.


“Dia orang boleh tinggalkan such a beautiful lady seorang diri kat tepi? Oh my God. Unbelievable.” Kepalanya digeleng geleng beberapa kali. Nyata tidak percaya.


“By the way, I’m Afham. Azizi Afham.” Tangan dihulur tanda perkenalan. Aku buat buat tak nampak. Malas nak melayan sebenarnya. Namun jawapan tetapku hulur.


“I’m Salmi. Salmiah Baharom.” Bergegar bahu aku nak tahan tawa. Mana entah otak aku proses nak kelentong nama sendiri. Aku meneguk minuman di atas meja demi menghilangkan rasa mahu ketawa.


“Salmi? Wow, what a unique name,” Ulasnya pendek. Eleh, nak mengata nama aku dalam hati la tu. Macam aku tak perasan muka naik hijau dengar nama aku tadi.



Hampir 1 jam aku menunggu rakan rakan yang lain sambil ditemani jejaka yang tak faham bahasa, Afham. Modal untuk berbual memang takkan habis dengan Afham. Ternyata dia ada skill memikat perempuan. Tapi tidak heran pun aku! Yang aku tahu aku tak sabar nak balik sekarang.


Dan sekarang, tak sabar punya pasal, aku menghantar mesej pendek kepada mereka semua. Nak balik!


5 minit kemudian, bayang Nabil dan Fathan mula kelihatan. Muka mereka berdua berpeluh peluh kerana menari tadi agaknya. Farjid, Air-Jee, dan Ah-Lee aku terima balasan mesej sudah berada di dalam kereta menunggu.


“Okaylah Afham. Nice to meet you. I kena balik dulu,” Nabil dan Fathan hanya memandang tajam pada Afham.


“I baru cadang nak hantar you balik. Tak sangka you dah ada bodyguard,” Dia ketawa kecil.


“Since I can’t send you back, do you mind to give your phone number?” Heh, sempat lagi!


Fathan aku lihat sudah ingin menarik lengan baju aku untuk ajak beredar. Nabil memberi pandangan penuh amaran kepadaku supaya jangan dilayan Afham. Aku tahu kenapa, kerana Nabil sangat peka dan sukar untuk menerima mana mana lelaki yang tidak dikenali mendekatiku sebarangan.


Tambah kawan, apa salahnya kan? Usai memberi nombor telefon. Aku beredar keluar dari pub menuju ke kereta.


“Berani kau bagi nombor dekat mamat tu.” Ulas Fathan, pendek.


“Ada masalah ke?” Kini aku didalam kereta Fathan kerana jalan balik ke rumah kami sehala. Yang lain agak jauh dibandingkan rumahku dan Fathan.


One thing you should know. Nabil kenal Afham,” pantas kepala ku berpusing memandang Fathan yang memandu.


“Buaya?” Fathan tergelak kecil mendengar apa yang ku kata.


Yes, buaya. Buaya yang bangkai pun dia makan. Kalau fresh meat macam kau lagi dia suka. Dari jauh pun dia boleh bau.” Aku hanya diam mendengar.



Sepanjang perjalanan balik hanya sunyi menemani. Apatah lagi kepenatan menemani mereka. Sampai sahaja di hadapan pagar rumah, sebelum turun sempat Fathan memberi amaran keras.


“Dia takkan berhenti memburu. Take care.” Dan aku cuma tersenyum.


“Esok after class bincang okay? Malam ni otak aku jammed!” Fathan hanya ketawa mendengar. Dan aku melangkah masuk ke dalam rumah, baru Fathan beredar.







Take this sinking boat and point it home
We've still got time
Raise your hopeful voice you have a choice
You've made it now

Falling slowly eyes that know me and I can't go back
Moods that take me and erase me and I'm painted black
You have suffered enough and warred with yourself
It's time that you won


Dah dekat seminggu dari kes di pub, setiap malam sering kedengaran melodi piano dari rumah jiran sebelahku. Naik terhafal di kepala setiap not not piano yang dimainkan setiap malam. Malas nak fikir banyak bila memikirkan banyak benda lain boleh dipikir dari menyibuk hal orang.


“Allah, malasnya nak bangun dari katil!!!” Aku menjerit seorang diri di dalam bilik sambil bermalas malasan di atas katil.


Jam di dinding menunjukkan lebih kurang pukul 9.30 pagi. Rasa rugi pula jika hanya membiarkan hari cuti dibiarkan begitu sahaja tanpa membuat apa apa. Dalam kepala sudah berura- ura ingin membasuh kereta. Dapat usya jiran sebelah kalau ada rezeki. Ceitt, gatal kau Zuha!


Hampir pukul 10 baru aku turun dan keluar ke laman untuk membasuh kereta. Nyata langit jadi kawan aku bila mendung melindungi matahari. Mataku kalih ke rumah sebelah.


Waah!! Jodoh. Dia pun basuh kereta la. Zuha, jangan menggedik. Seriously jangan buat hal. Buat malu kaum je.


Aku mula mengambil sabun dan menggosok di bahagian hadapan kereta. Fokus, Zuha. Fokus! Muka toya dah berjaya aku lukiskan di hadapan mukaku. Sambil siulan kecil entah apa lagu di bibir mengikuti diriku.


Lebih kurang setengah jam, hampir keseluruhan badan kereta kesayanganku dipenuhi sabun. Tiba tiba kedengaran tawa kecil. Tanganku berhenti dari menggosok tayar terakhir. Aku kalih memandang tuan punya suara.


“Perempuan sombong je selalu pakai Jazz,” ulas tuan punya suara. Mulutku ternganga. What the hell? Jiran-baru-musuhku punya sketsa ke hape??


Dari terbongkok bongkok membasuh tayar. Kini aku berdiri tegak menghadap dia. Tanganku mencekak pinggang. Memandang sang jejaka dengan penuh tajam.


“Do I know you, mister?” Sinisku bertanya.


Bibirnya tersungging sinis. Memanglah seratus kali makian dalam hati aku bila nampak senyuman sinis tersungging sebegitu.


“You know me, miss. I don’t think I need to remind you about the drama ‘empang jalan’ you buat di SACC Mall, do I?”


What? Drama what? Aku terpinga pinga.


“Bukan you yang beria ia nak kenal dengan I di kedai buku ke? Hmm?” Sambungnya.


Owh man. No wonder aura dekat terasa-rasa. Rupanya jiran! Menggatal dengan salah orang pulak.



“You??” Terbeliak mata aku memandangnya.


“Yes, me. Remember me?” Tekannya. Kenapa aku boleh tak sedar? Kenapa???!


“Arrrrrrrrrrr,” first time menjerit gaya perempuan. Still control ayu walaupun buat salah. Namun tak bermakna aku tidak mahu berlari menghilangkan diri. Heh.


Terus aku berlari masuk ke dalam rumah sambil menjerit gaya ayu. Bumm! Menghempas pintu. Alamak, Jazz tak habis basuh lagi. Habislah! 

Ahh, akan aku minta bibik menyambung basuh kereta Jazz tu!





2 comments:

  1. Hai writer! Saya suka cerita ni and best! kalau boleh buat panjang2 sikit ye? Saya tunggu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi hana. thanks :)
      will do so :)
      ajak la your friends yang lain jenguk sini ya.
      haha

      Delete