Thursday, 11 July 2013

Cukup Untuk Aku Hanya Dirimu 2


Jadual yang bersusun di papan kenyataan ku belek. Mana satu lah jadual kelas aku neh. Group D.. Group D..


Ha, jumpa!


Handphone aku keluarkan dari pocket dan... Snap!


Tak ada maknanya nak keluarkan buku nota, salin satu-satu jadual neh. Heh. Lapuk bebenor.
Kaki ku berjalan ke arah parking lot. Ingatan kembali teringat pada jiran sebelah rumah yang baru pindah. Tak adalah baru sangat, ada lah dalam 4 hari lepas. Eh, kira baru lah tuh Zuha. Keletuk! Telefon ku ketuk ke dahi.


 Siapa? Tidak pula aku nampak lagi. Tapi yang pasti bukan sebuah keluarga. Orang bujang yang pasti. Jate ko.. Tino ko.. Tak tahu.


Sebenarnya bukan nak menyibuk, tapi untuk kawasan rumah mewah di situ sangat sangatlah pelik bila ada orang bujang yang duduk. Unless dia nak kahwin! Zuha, you just cross the line actually. Kata tak nak menyibuk. Keletuk! Kepala aku ketuk dengan telefon lagi.


Arghh.. sekarang aku menyibuk tak sudah pula. Terus ku hapuskan bayangan bila sudah tiba dihadapan kereta.


Jam menunjukkan hampir pukul 5 petang. Hmm.. Sempat rasanya nak pergi SACC Mall beli buku dekat MPH dalam tu. Redah je la... Dah dekat dah pun.




Nafas ditarik sedalam dalamnya saat kaki menjejak di dalam MPH Bookstore. Man, this is the smell of books. Damn excited!


Aku memang pantang nampak buku. Novel? Yeah. But not the lautan-api-sanggup-ku-renangi-selagi-cinta-ada-dihati genre. Itu yang pasti.


Ada satu buku yang sampai sudah aku carik tak jumpa. The Malay Dilemma (1970) ditulis oleh Tun Mahathir Muhammad. Memang zaman dulu buku ini diharamkan namun melihat kehebatan Tun Mahathir mentadbir negara, sehingga sekarang aku mencari.


Belek punya belek, ternampak Ramlee Awang Murshid. Damn, this is what i called as a dessert! Tajuk novel terbaru, Aku Bercerita. Hmm lama tak belek buku baru penulis hebat ni. And.. What the hell? Nasib baik bawak duit cash lebih hari ni. Terjumpa buku Anthem ditulis oleh Hlovate. Yeahh, tak sia- sia aku keluar pergi sini hari ni.


Sementara membelek belek buku. Tiba- tiba terasa bahu di tepuk.


“Excuse me, miss.” Aku menoleh.


“Your purse,” Sexy voice...


 Uuuu.. Macho. Aku menggigit bibir bawah. Merepek tak sudah aku ni. Bibir aku kembali paksa beraksi normal. Cheh~ malukan tuan la kau bibir.


“Terima kasih.” Aku mengambil purse aku dari tangannya. Jatuh la kut tadi.


Dia terus berlalu. Ada persoalan dalam diri. Kenapa aura jejaka tu macam selalu aku rasa?
Heh tunjuk kepala weng sekarang pun okey je ni. Bayang lelaki itu aku cari. Melihat dia sudah keluar dari pintu kedai buku. Pantas aku menjejakinya.


“Err.. encik,” panggilku sambil mengempang jalan Mr. Sexy. Pergh~~ tak beragak betul aku bagi nama macam tu. Haha


“Yes, miss?” Keningnya diangkat sebelah.


Meowww... Mengancam gila gaya dia.


“Do I know you?” soalku.


Dia menggeleng.


“I’m only a stranger who give your purse back. Purse yang you jatuhkan tadi. That’s all,” langkahnya disambung tanpa agak agak lagi.


Wehh.. pergi macam tuh je? Cheitt. Tapi kalau hati aku jatuh, dia nak tolong kutip tak? Muehehe stranger pun jadi aku nak buat stok jatuh cinta bagai. Nonsense!


******************************************************************************************************************************************************************



Alamak, aku lupa mak tak balik hari ni. Adik lelakiku, Hanif ada rombongan ke Langkawi. Baba pula outstation. Sudahhh.. Ni yang lomah badan balik rumah tak ada orang.


Usai mandi, segera aku bersiap untuk keluar. Bukan kemana sangat pun. Hanya nak melepak di KL. Night life yang dah lama aku tinggalkan. Kini saja nak mengimbau kenangan balik. Kononnya..


Handphone berbunyi dan aku lihat nama Ah-Lee naik.


“What’s up?” Terus ku serbu dengan soalan.


“Woi, Assalamualaikum darling.” Cheitt, tergelak gelak si Ah-Lee. Seronok kenakan aku lah tuh.


“Waalaikumsalam baby bucuk. Puihh,” Jawabku sambil tersengih.


“Hah, dah siap? Aku dah masuk taman perumahan kau dah ni. Nanti terus pergi je,” ujar Ah-Lee.


“Dah siap. Aku tinggal nak keluar je ni,” Telefonku matikan usai salam diberi.


Pinn! Pinn!


Pintu kubuka dan melihat ada 4 kereta di hadapan pagar rumahku. Cheh~ membazir minyak je bawak kereta banyak banyak.


Masuk sahaja kereta Ah-Lee, dia dah tersengih sengih melihatku. Ku angkat kening tanda bertanya.


“Err, cantik kau malam ni,” Papp! Aku libas belakang Ah-Lee.


“Perli aku,” Menggeliat Ah-Lee kena sebijik.


“Woi, betullah ngek. Sampai tak berkelip jiran sebelah kau pandang,” Hah?


“Jiran?? Mana kau nampak dia?” Leherku jengah ke belakang. Ala... dah jauh. Tak nampak apa pun. Gelap je. Hai~~


“Ada tadi. Aku nampak dia baru keluar kereta. Baru balik aku agak. Tak berkelip woo dia pandang kau,” Beria betul mamat ni.


“Malas layan kau,” Omelku perlahan. Ah-Lee ketawa.


Kereta di belakang kereta Ah-Lee tak lain tak bukan kepunyaan lagi 3 orang rakan baikku. Nabil, Fathan dan Farjid. Manakala Jayri menumpang Nabil. Berdasarkan apa yang Ah-Lee beritahulah. Biasanya ada 5 kereta tersadai depan rumahku kalau mereka berlima datang. Ini 4 je.


“Hah, malam ni nak jalan jalan kat mana? BB a.k.a Bukit Bintang? KLCC a.k.a Kualau Lumpur Di Hati Ku?” Eh budak ni. Memainkan aku pulak. Kepalaku hanya menggeleng.


“BB lah. Aku nak berjalan je. Malas nak belek barang barang kat dalam KLCC tu,” jawabku.


“Ai ai ma’am,” Dan kereta kami berempat meluncur laju menghala ke Kuala Lumpur.


Wednesday, 10 July 2013

Cukup Untuk Aku Hanya Dirimu (CUAHD)


“Mak, orang dah lambat nak pergi kelas ni. Nanti orang call balik okay. Nanti kalau orang lambat takut sampai kelas lewat. Mak nak ke orang kena nyanyi lagu kat depan nanti.” Aku berjalan pantas sambil bercakap dengan mak.


Ketawa mak kedengaran di talian. Aku pula tersenyum dengan apa yang aku kata pada mak. Ahh, Sir Farid memang suka denda orang kalau lambat datang kelas.


“Okay mak. Assalamualaikum.” Akhiri ku dengan salam. Gosh! 4 minutes or die. Betulkan topi dan jaket. One, two, Run! Baru kuingin mulakan pecutan dan..


Bedebuk!!


Sodap kena langgar bhai..


“Jalan pakai mata jangan pakai lutut.” Kepala ku dongakkan dan terlihat 3 orang gadis memandangku tanpa berkelip. Terdengar tawa usai kata kata terhambur.


Zuha?? You still alive?,” Nada terkejut hanya lakonan. Lebih kepada sinis semata. Macam tidak kenal mereka bertiga disini.


“Kenapa? Ahh aku dah lambat. Nanti gaduh. Adioss,” Malas menunggu aku berlari mencari kelas D1O4. Dah la kelas banyak gila dan first day dah kelam kabut. Nasib baik final year, tak adalah hairan sangat.


Pheww...


Yes, I found it!


Kaki ku jejak perlahan, muka ku angkat tinggi, dada mendabik bangga sambil berjalan masuk ke kelas pertama yang ku jejak untuk semester ini. Kelas yang pada mulanya bising mula beransur senyap melihat kedatanganku.  Aik? Kelas Sir Farid pagi pagi ni awal pulak aku rasa? Ahh sudah.


Mata ku hala ke arah jam di tangan. 8.28 pagi. Sipi sipi nak kena buat nasyid seorang diri di depan.


“Zuharin Arshad? Awal saya lagi dari awak? Dari shooting ke?” Kata kata Sir Farid disambut oleh hilai tawa kelas. Perlian dari Sir Farid sudah biasa ku dengari sejak dari semester pertama. Dah kebal jadi tiada kesan.


Sorry sir, jalan jammed.” Aku tersengih sambil menjawab. Muka pensyarah kesayanganku ini mula keluar tanda tanda nak mendenda. Namun, segera ku minta dia melihat kearah jam.


“Hmm, yelah. Next time lambat saya tak ada nak kesian. This would be the first and last time lambat.” Aku segera lari ke belakang bahagian tempat duduk yang kosong.


Macam aku tak tahu, Sir Farid memang sengaja mengenakan pelajar yang hampir lewat di kelasnya. Tapi denganku, sorry to say but buat masa ni aku masih terselamat dari denda yang di beri kepada pelajar.


*Untuk hari pertama di sini, hanya course outline di beri memandangkan minggu pertama. Jadi tiada pembelajaran dan juga tiada assignment dikerah pada kami. Kelas dihabiskan awal memandangkan tiada perkara penting melainkan topik pada setiap subjek.


“Zuha,” Nabil memekik namaku dari kejauhan.


“Zuha,” Fathan pun memekik sama. Budak berdua ni lah..


Mereka mengapitku sepanjang perjalanan menghala ke cafeteria. Waktu tanpa disedari menginjak ke tengahari. Perut yang kosong sedari pagi tadi minta diisi.


Welcome back, Zuha. Rindulah aku dengan kau. Semua tengah tunggu kau nak dengar khabar.” Kata Nabil.


Plus, kisah kau tengah meletop dekat UiTM baik student baik lecterur. Banyak cerita busuk dari yang wangi. Jadi sebelum makin teruk dan ramai yang terpedaya, baik selesaikan cepat cepat dengan kami.” Sambung Fathan.


“Kau nampak aku nak pergi mana tak? Ada rupa nak berkebun ke? Aku menghala nak ke cafĂ© ni nak berjimba? Nak pergi makanlah ni dengan korang,” Ketukku.


“Fulamak, Zuha marah la. Ala kakak, marahkan amalan syaitan. Nanti timbul tanduk tak ke bertambah buruk muka kau?” Fathan mula mengusik sama seperti semester yang lepas.
Mata aku jegilkan.


“Oh, kau nak cakap muka aku memang tak lawa dari dulu lah ni? Sini kau!” Fathan ketawa dan memecut meninggalkan aku dan Nabil.


Fathan yang pada awal semester lalu ku ingat pendiam rupanya sangat banyak cakap jika didekati. Nabil pula lebih senang ketawa dan senyum. Cukup berkarisma.


************************************************************************************************************


Sampai sahaja di cafeteria, yang lain sudah mula menunggu. Farjid, Ah-Lee, Jayri, dan Fathan. Muka serius bikin aku nak ketawa je. Macamlah goyang sangat lutut tengok muka tiap tiap satu. Puihh. Meja kami awal awal dah penuh dengan makanan. Tak lain tak bukan kompem kerja Ah- Lee, makan macam tak cukup pinggan tapi badan maintain smart. Tetap jadi kegilaan budak dalam university.


“So, how’s life?” Jayri menyoal melihat aku yang terus makan usai sampai tanpa mempedulikan yang lain.


“Still alive,” jawabku tanpa mengangkat muka.


Uhuk! Uhuk! Damn it.


Mataku mencari air di atas meja. Pantas dihulur oleh Nabil yang agak cemas. Yang lain hanya ketawa.


“Tu namanya daulat. Makan mengalahkan Ah-Lee tak cukup pinggan. Mana tak tercekik.” Farjid mula membebel.


“Yang salah, yang tercekik si Zuha. Awat nama aku masuk dalam senarai pulak?” Libasan belakang Farjid menggunakan buku Psychology yang tebalnya dah sekali tengok macam Yellow Pages.


“Sudah, makan sekarang. Aku lapar sangat ni. Aku habiskan semua makanan yang kau orang beli ni jangan nak merengek tak sudah. Cepat cepat.” Gesaku.


“Story?” Nabil menyoal.


“After.” Jawabku pendek.


Dan semua mula membaca doa dan mulakan suapan. Tak adalah payah mana nak jaga jejaka jejaka idaman Malaya ni. Muka je kacak membunuh, tapi macam budak budak kalau dah kenal.






P/s --> Assalamualaikum. New writer with the first story. Hope you guys can help me, so that I can go far. Thank you. Any comments by guests sangat100x diperlukan. Salam ukhuwah. Salam Ramadhan. :))