Thursday, 11 July 2013

Cukup Untuk Aku Hanya Dirimu 2


Jadual yang bersusun di papan kenyataan ku belek. Mana satu lah jadual kelas aku neh. Group D.. Group D..


Ha, jumpa!


Handphone aku keluarkan dari pocket dan... Snap!


Tak ada maknanya nak keluarkan buku nota, salin satu-satu jadual neh. Heh. Lapuk bebenor.
Kaki ku berjalan ke arah parking lot. Ingatan kembali teringat pada jiran sebelah rumah yang baru pindah. Tak adalah baru sangat, ada lah dalam 4 hari lepas. Eh, kira baru lah tuh Zuha. Keletuk! Telefon ku ketuk ke dahi.


 Siapa? Tidak pula aku nampak lagi. Tapi yang pasti bukan sebuah keluarga. Orang bujang yang pasti. Jate ko.. Tino ko.. Tak tahu.


Sebenarnya bukan nak menyibuk, tapi untuk kawasan rumah mewah di situ sangat sangatlah pelik bila ada orang bujang yang duduk. Unless dia nak kahwin! Zuha, you just cross the line actually. Kata tak nak menyibuk. Keletuk! Kepala aku ketuk dengan telefon lagi.


Arghh.. sekarang aku menyibuk tak sudah pula. Terus ku hapuskan bayangan bila sudah tiba dihadapan kereta.


Jam menunjukkan hampir pukul 5 petang. Hmm.. Sempat rasanya nak pergi SACC Mall beli buku dekat MPH dalam tu. Redah je la... Dah dekat dah pun.




Nafas ditarik sedalam dalamnya saat kaki menjejak di dalam MPH Bookstore. Man, this is the smell of books. Damn excited!


Aku memang pantang nampak buku. Novel? Yeah. But not the lautan-api-sanggup-ku-renangi-selagi-cinta-ada-dihati genre. Itu yang pasti.


Ada satu buku yang sampai sudah aku carik tak jumpa. The Malay Dilemma (1970) ditulis oleh Tun Mahathir Muhammad. Memang zaman dulu buku ini diharamkan namun melihat kehebatan Tun Mahathir mentadbir negara, sehingga sekarang aku mencari.


Belek punya belek, ternampak Ramlee Awang Murshid. Damn, this is what i called as a dessert! Tajuk novel terbaru, Aku Bercerita. Hmm lama tak belek buku baru penulis hebat ni. And.. What the hell? Nasib baik bawak duit cash lebih hari ni. Terjumpa buku Anthem ditulis oleh Hlovate. Yeahh, tak sia- sia aku keluar pergi sini hari ni.


Sementara membelek belek buku. Tiba- tiba terasa bahu di tepuk.


“Excuse me, miss.” Aku menoleh.


“Your purse,” Sexy voice...


 Uuuu.. Macho. Aku menggigit bibir bawah. Merepek tak sudah aku ni. Bibir aku kembali paksa beraksi normal. Cheh~ malukan tuan la kau bibir.


“Terima kasih.” Aku mengambil purse aku dari tangannya. Jatuh la kut tadi.


Dia terus berlalu. Ada persoalan dalam diri. Kenapa aura jejaka tu macam selalu aku rasa?
Heh tunjuk kepala weng sekarang pun okey je ni. Bayang lelaki itu aku cari. Melihat dia sudah keluar dari pintu kedai buku. Pantas aku menjejakinya.


“Err.. encik,” panggilku sambil mengempang jalan Mr. Sexy. Pergh~~ tak beragak betul aku bagi nama macam tu. Haha


“Yes, miss?” Keningnya diangkat sebelah.


Meowww... Mengancam gila gaya dia.


“Do I know you?” soalku.


Dia menggeleng.


“I’m only a stranger who give your purse back. Purse yang you jatuhkan tadi. That’s all,” langkahnya disambung tanpa agak agak lagi.


Wehh.. pergi macam tuh je? Cheitt. Tapi kalau hati aku jatuh, dia nak tolong kutip tak? Muehehe stranger pun jadi aku nak buat stok jatuh cinta bagai. Nonsense!


******************************************************************************************************************************************************************



Alamak, aku lupa mak tak balik hari ni. Adik lelakiku, Hanif ada rombongan ke Langkawi. Baba pula outstation. Sudahhh.. Ni yang lomah badan balik rumah tak ada orang.


Usai mandi, segera aku bersiap untuk keluar. Bukan kemana sangat pun. Hanya nak melepak di KL. Night life yang dah lama aku tinggalkan. Kini saja nak mengimbau kenangan balik. Kononnya..


Handphone berbunyi dan aku lihat nama Ah-Lee naik.


“What’s up?” Terus ku serbu dengan soalan.


“Woi, Assalamualaikum darling.” Cheitt, tergelak gelak si Ah-Lee. Seronok kenakan aku lah tuh.


“Waalaikumsalam baby bucuk. Puihh,” Jawabku sambil tersengih.


“Hah, dah siap? Aku dah masuk taman perumahan kau dah ni. Nanti terus pergi je,” ujar Ah-Lee.


“Dah siap. Aku tinggal nak keluar je ni,” Telefonku matikan usai salam diberi.


Pinn! Pinn!


Pintu kubuka dan melihat ada 4 kereta di hadapan pagar rumahku. Cheh~ membazir minyak je bawak kereta banyak banyak.


Masuk sahaja kereta Ah-Lee, dia dah tersengih sengih melihatku. Ku angkat kening tanda bertanya.


“Err, cantik kau malam ni,” Papp! Aku libas belakang Ah-Lee.


“Perli aku,” Menggeliat Ah-Lee kena sebijik.


“Woi, betullah ngek. Sampai tak berkelip jiran sebelah kau pandang,” Hah?


“Jiran?? Mana kau nampak dia?” Leherku jengah ke belakang. Ala... dah jauh. Tak nampak apa pun. Gelap je. Hai~~


“Ada tadi. Aku nampak dia baru keluar kereta. Baru balik aku agak. Tak berkelip woo dia pandang kau,” Beria betul mamat ni.


“Malas layan kau,” Omelku perlahan. Ah-Lee ketawa.


Kereta di belakang kereta Ah-Lee tak lain tak bukan kepunyaan lagi 3 orang rakan baikku. Nabil, Fathan dan Farjid. Manakala Jayri menumpang Nabil. Berdasarkan apa yang Ah-Lee beritahulah. Biasanya ada 5 kereta tersadai depan rumahku kalau mereka berlima datang. Ini 4 je.


“Hah, malam ni nak jalan jalan kat mana? BB a.k.a Bukit Bintang? KLCC a.k.a Kualau Lumpur Di Hati Ku?” Eh budak ni. Memainkan aku pulak. Kepalaku hanya menggeleng.


“BB lah. Aku nak berjalan je. Malas nak belek barang barang kat dalam KLCC tu,” jawabku.


“Ai ai ma’am,” Dan kereta kami berempat meluncur laju menghala ke Kuala Lumpur.


1 comment:

  1. SALAM SINGGAH..
    first time drop sini.. hehe..
    teruskan berkarya... =)

    ReplyDelete